Sunday, April 3, 2011

Kepelbagaian dalam kehidupan.

Berbagai ragam manusia dapat dilihat.Bila difikirka semula cara setiap induvidu mencari rezeki,timbul idea untuk mengkaji dan mendalami kepelbagaian dalam kehidupan.Ada sesetengah induvidu mencari rezeki dengan menjawat jawatan khas di badan-badan tertentu,malah ada sesetengah individu mencari rezeki dengan menjalankan perniagaan menjual ubat-ubatan di kaki lima deretan kedai.Bila dilihat dari jauh,seolah-olah ianya nampak seperti sebuah beca yang diletakkan di kaki lima kedai,tetapi bila didekati kelihatan sebuah kedai mini yang direka daripada sebuah beca terpakai.Kepelbagaian ini mencetuskan kreativiti dalam kehidupan masyarakat.



Taman Negara Kuala Tahan,Pahang

Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam dari Shah Alam ke Jerantut,Pahang memberikan satu pengalaman yang sangat indah.Taman Negara Kuala Tahan merupakan salah satu taman Negara yang dipelihara dengan baiknya oleh kerajaan Malaysia.Taman negara ini yang berkeluasan seluas 4343 hektar merupakan tiga kali ganda besarnya daripada Singapura.Menikmati keindahan alam memberikan ketenangan di dalam jiwa kami.

Tumbuhan Malar Hijau-penawar penyakit lelah

Paku pakis liar
Pokok Meranti yang sudah berusia hampir 100 tahun
cendawan hutan
Jambatan gantung

Perkampungan di Kuala Tahan






Friday, March 25, 2011

Jejak Kusta


Perjalanan yang mengambil masa selama tiga suku jam daripada Shah Alam ke Sungai Buluh kurasakan berbaloi.Pengalaman melihat  dan merasai kepedihan kehidupan si penyakit kusta memberi pelbagai rasa dalam diri.Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae.Kebanyakan penghuni di Pusat Kenangan,Sg Buluh sudah meninggal dunia.Mereka di tempatkan dan diasingkan di situ.Rumah bersaiz mini diberikan untuk setiap penyakit kusta.Mereka juga diberi kegiatan ekonomi dengan aktiviti bercucuk tanam.Tetapi kini,penempatan ini keseluruhannya dihuni oleh masyarakat Indonesia yang bekerja di nursery.


Penempatan penghuni pesakit kusta yang kini telah dijadikan pusat nursery

Kebanyakan penghuni penempatan ini berbangsa cina

Kesan tapak rumah pesakit kusta

Pekerja Indonesia yang berkeja di bekas tapak penempatan pesakit kusta

Klinik kesihatan utama ini merupakan sumber utama masyarakat pesakit kusta mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Monday, March 21, 2011

Keberangkatan Pelajar Yayasan Pahang Pulang Ke Mesir

21 Mac 2011,KLIA-seluruh para pelajar dari negeri Pahang yang menuntut di Mesir berkumpul di KLIA semalam.Ahli keluarga dan sahabat handai turut berada disitu bagi memberi penghormatan terakhir sebelum mereka berlepas ke Cairo,Egypt.Segala pembiayaan perjalanan mereka ke sana telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.Mereka menaiki penerbangan MAS pada jam 00.30 AM.Mereka telah diiringi oleh sembilan ahli Kerajaan Negeri yang berperanan sebagai memastikan para pelajar ini selamat sampai ke destinasi yang di tujui.

Para pelajar melaui proses pendaftaran dan mengambil pasport dan tiket penerbangan mereka




Lambaian terakhir.

Orang Asli Kaum Batek

Pengalaman mengadakan lawatan ke Taman Negara Pahang membawa pelbagai pengalaman.Antaranya adalah pengalaman menemui masyarakat pribumi di Kuala Koh di Taman Negara Kuala Tahan,Pahang.Melihatkan ironi kontra kehidupan masyarakat ini memberi inpak yang besar terhadap kami.

Wajah Tok Batin





Sunday, March 6, 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011.Acara ini telah diadakan di Dataran Merdeka bermula 4 Mac 2011 hingga 6 Mac 2011.Acara ini diadakan sempena sambutan ulangtahun tentera darat yang ke-78.
Acara ini telah disertai oleh ratusan tentera darat dan di tontoni oleh  ribuan pengunjung yang datang untuk menyaksikan acara ini.Antara aktiviti yang dilakukan adalah,demonstrasi aset-aset tentera darat seperti kereta kebal,kereta perisai,Perarakan penuh kontinjen tentera darat,pertunjukan payung terjun dan banyak lagi.Acara ini juga telah ditontoni oleh puluhan VVIP terhormat iaitu seperti mantan-mantan tentera darat,Menteri Pertahanan,YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan ramai lagi.







                                                      Antara para penonton yang hadir


Menteri Pertahanan bersalaman dengan VVIP yang lain


Menteri Pertahana YB  Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pertunjukan payung terjun

Sunday, February 20, 2011

Sayap Ayam

perjalanan di Negeri Sabah


Menjual hasil laut dengan menggunakan lori
Sayap ayam merupakan makanan popular di pasar Kota Kinabalu
Unik apabila Tong minyak digunakan untuk dijadikan tong kitar semua sampah di Pulau Manukan,Sabah


Sunday, February 6, 2011

Pilihan Raya Kecil Dun Tenang

Para penyokong Barisan Nasional bersemangat memberikan sokongan.Walaupun hujan lebat membanjiri kawasan tempat mengundi,mereka tetap memberikan sokongan yang padu.


Hujan lebat langsung tidak menghalang keluarga ini untuk keluar memberikan sokongan. 
Berteduh di sebalik kain rentang.Pelbagai ragam para penyokong yang dapat dilihat semasa proses berkempen dijalankan. 
Anggota Polis yang bertugas pada hari pengundian di Daerah Tenang
Labis,30 Januari-Pilihan Raya Kecil Dun Tenang yang diadakan bagi memilih calon pemimpin baru bagi menggantikan Adun terdahulu yang telah meninggal dunia.Hanya dua parti sahaja yang bertanding dalam pilihan raya ini.Parti tersebut adalah Parti Barisan Nasional yang di wakili oleh En.Azhar Ibrahim atau dikenali sebagai Tok Ai dan bagi parti PAS pula mewakilkan PN.Normala Sudirman atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala.Pilihan Raya ini berlangsung dalam keadaan basah apabila hujan turun denga lebatnya di kesemua kawasan tempat mengundi.Walaupun hujan lebat,pengundian tetap dijalankan yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.Pilihan Raya ini telah di menangi oleh parti Barisan Nasional.