Friday, March 25, 2011

Jejak Kusta


Perjalanan yang mengambil masa selama tiga suku jam daripada Shah Alam ke Sungai Buluh kurasakan berbaloi.Pengalaman melihat  dan merasai kepedihan kehidupan si penyakit kusta memberi pelbagai rasa dalam diri.Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae.Kebanyakan penghuni di Pusat Kenangan,Sg Buluh sudah meninggal dunia.Mereka di tempatkan dan diasingkan di situ.Rumah bersaiz mini diberikan untuk setiap penyakit kusta.Mereka juga diberi kegiatan ekonomi dengan aktiviti bercucuk tanam.Tetapi kini,penempatan ini keseluruhannya dihuni oleh masyarakat Indonesia yang bekerja di nursery.


Penempatan penghuni pesakit kusta yang kini telah dijadikan pusat nursery

Kebanyakan penghuni penempatan ini berbangsa cina

Kesan tapak rumah pesakit kusta

Pekerja Indonesia yang berkeja di bekas tapak penempatan pesakit kusta

Klinik kesihatan utama ini merupakan sumber utama masyarakat pesakit kusta mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Monday, March 21, 2011

Keberangkatan Pelajar Yayasan Pahang Pulang Ke Mesir

21 Mac 2011,KLIA-seluruh para pelajar dari negeri Pahang yang menuntut di Mesir berkumpul di KLIA semalam.Ahli keluarga dan sahabat handai turut berada disitu bagi memberi penghormatan terakhir sebelum mereka berlepas ke Cairo,Egypt.Segala pembiayaan perjalanan mereka ke sana telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.Mereka menaiki penerbangan MAS pada jam 00.30 AM.Mereka telah diiringi oleh sembilan ahli Kerajaan Negeri yang berperanan sebagai memastikan para pelajar ini selamat sampai ke destinasi yang di tujui.

Para pelajar melaui proses pendaftaran dan mengambil pasport dan tiket penerbangan mereka




Lambaian terakhir.

Orang Asli Kaum Batek

Pengalaman mengadakan lawatan ke Taman Negara Pahang membawa pelbagai pengalaman.Antaranya adalah pengalaman menemui masyarakat pribumi di Kuala Koh di Taman Negara Kuala Tahan,Pahang.Melihatkan ironi kontra kehidupan masyarakat ini memberi inpak yang besar terhadap kami.

Wajah Tok Batin





Sunday, March 6, 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011.Acara ini telah diadakan di Dataran Merdeka bermula 4 Mac 2011 hingga 6 Mac 2011.Acara ini diadakan sempena sambutan ulangtahun tentera darat yang ke-78.
Acara ini telah disertai oleh ratusan tentera darat dan di tontoni oleh  ribuan pengunjung yang datang untuk menyaksikan acara ini.Antara aktiviti yang dilakukan adalah,demonstrasi aset-aset tentera darat seperti kereta kebal,kereta perisai,Perarakan penuh kontinjen tentera darat,pertunjukan payung terjun dan banyak lagi.Acara ini juga telah ditontoni oleh puluhan VVIP terhormat iaitu seperti mantan-mantan tentera darat,Menteri Pertahanan,YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan ramai lagi.







                                                      Antara para penonton yang hadir


Menteri Pertahanan bersalaman dengan VVIP yang lain


Menteri Pertahana YB  Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pertunjukan payung terjun